Isnin, Februari 02, 2009

Peribahasa Bugis

Peribahasa Bugis

  
 Suku kaum Bugis adalah merupakan salah satu rumpun bangsa Melayu yang terdapat di Malaysia. Suku kaum Bugis lebih tertumpu di kawasan Pantai Timur sabah dan Selatan Semenanjung Malaysia. Suku kaum Bugis ini sebenarnya berasal dari kepulauan Sulawesi di Indonesia. Namun, suku kaum bugis telah berhijrah ke Tanah Melayu sebelum negara ini mencapai kemerdekaan lagi. Suku kaum Bugis juga merupakan antara suku kaum terawal yang datang dan menetap ke Tanah Melayu. Suku kaum Bugis ini berhijrah ke Tanah Melayu telah menetap dan mendirikan institusi kekeluargaan serta melahirkan zuriat dan waris sehinggalah ke generasi sekarang.

 Suku kaum Bugis ini juga seperti masyarakat lain yang mempunyai adat, kepercayaan, tulisan dan bahasa yang tersendiri. Walaubagaimanapun, cara dan kebudayaan masyarakat Bugis tidak jauh bezanya dengan masyarakat Melayu di Tanah Melayu. Oleh yang demikian, keadaan ini tidak merumitkan masyarakat Bugis untuk bergaul dengan masyarakat Melayu di Tanah Melayu.

 Berikut merupakan beberapa contoh peribahasa Bugis yang berjaya dikumpulkan:
1.Pada idi pada elok,sipatuo si patongkok
- Sehidup semati

2. Anre bajekmu lalopaddoko
- Baru kau tahu

3. Maloppo pacalakna naalirin na
- Besar pengeluaran daripada pendapatan

4. Mattajeng laso arung
- penantian yang sia-sia

5. Tuo na mappada aruk di wiring lareng
- Hidupnya tidak memberi erti kepada orang lain


6. Mappada canggoreng na lupai ulik na
 -Orang yang tidak kenag budi

7. Mappada manuk-manuk na lupai sarang na
- Orang yang lupa daratan

8. Tuo na mappada waye di asek raung aladi 
 - Melakukan kerja yang sia-sia

9. Mappada huleng tepo’e seppulo eppak ompok na
- Orang yang cantik

10. Maksipak lepa-lepa
- Orang yang baik hati

11. Lele bulu tallele abiasa’ang 
- Kalau bukan kita yang berubah sendiri kita tak kan berubah

12. Polo pau polo panni
 -Suka hatimu lah

13. Laing ada laing gauk
- lain yang dia cakap lain yang dia buat

14. Mappada api na ape
- Benda yang cepat habis

15. Matanek pada disoppo maringeng pada di tihi
- Orang yang saling membantu

16. Mappada asu na meong
- orang yang selalu bertengkar

17. Makbura malik
- Orang yang putus asa

18. Tetong pada-pada tanre tudang pada-pada leha
- sama taraf

19. Pada alosi rippolo dua
- orang yang sama padan

20. Luttuk sipakaraja malik siparappe
- sama-sama senag sama-sama susah
 
21. Laing alek laing taneng-taneng
- Lain tempat lain adatnya

22. Malampek limang na
- Orang yang suka mencuri

23. Maloang mata
- Benda yang tersembunyi pun dia dapat nampak

24. Mappada mempek bosi
- Buat kerja yang sia-sia

25. Tedong mate dituju bola na dek na etai,jarum tetdeng dituju bola na tau’e naulle mita’I
- Kesalahan orang lain dia dapat lihat tetapi kesalah sendiri dia tidak nampak

26. Maloppo kabuttu
- orang yang malas

27. Makkianak arung 
 -melahirkan anak yang bertuah

28. Matareng parangkali na
- Hal orang lain pun dia dapat tahu

29. Mappada jukuk na kanuku
- Orang yang sangat rapat

30. Maponcok jokka aje na
- Orang yang susah untuk berhijrah atau jalan jauh

31. Mapitu-pitu
- Orang yang ingin menguasai semua benda

32. Pasampok siri
- orang yang dijadikan sebagai penutup malu

33. Mabela tettek silorongi,makawek sipakaleha
- walaubagaimana pun mereka saling membantu

34. Gemmek pada-pada melotong,ati dek na mapada
 - rambut sama hitam hati lain-lain

35. Mappada asu nagalai nemmpek
 - Orang yang betul-betul ditimpa kesusahan

36. Mappada manuk-manuk dunrung mattajeng huleng madennek
- Menunggu benda yang tidak mungkin ada




7 ulasan:

Yusuf Nur berkata...

Salam sappo'..aq skrg kaji pasal peribahasa bugis ni..ada bahan k?
skrg aq d ums..

aeman_yosi berkata...

w'salam, buat sementara nih...ini jak bahan yang baru aku dapat berkenaan peribahasa Bugis, InsyaAllah kalau ada bahan baru...aku muat naik dalam blog ni ya...

wahyudi my berkata...

Aku kira blog seumpama ini bagus jika ada salasilah atau sejarah,.seperti penentangan arung palaka terhadap sultan hasanuddin..baik dari perspektif orang bugis atau orang makassar.

Salam.

yus_anakmelayu berkata...

Salam Kunjung dari Yusrizam Ibrahim =)

Yusuf Nur berkata...

Salam bapa'na..mohon izin untuk menggunakan peribahasa yang ada sebagai contoh untuk kajian rintis kajian...
ucupkun@yahoo.com.my

Tanpa Nama berkata...

Terimah kasih atas bantuannya....

cikgu Siti berkata...

Assalamualaikum...
Terima kasih atas perkongsian ilmu. Byk juga koleksi peribahasa tuan ya. Ada satu yg selalu arwah mak saya sebut yg tak ada di atas iaitu
"Siselleh aje eh lau yolloh" maksud terusnya...kaki akan bersilih ganti ke depan, maksud tersirat...hidup ni ibarat roda...ada masa di atas, ada masa sebaliknya...